28 May, 2012

Dream


Dreams won’t come looking for you.That’s why you have to chase them. Pursue them until they become reality, then hold on tightly
♥ Terima Kasih Membaca. Esok datang lagi ye ♥

27 May, 2012

BERNAMA

ASSALAMUALAIKUM

HELLOOOOO!!!

Sudah lama rasanya aku tidak menaip menceritakan apa yang berlaku. Mungkin hari ini adalah kesempatan emas yang aku perolehi untuk menceritakan apa yang berlaku selama 3 bulan aku tidak muncul di alam maya ini. (fb & twitter tetap active ok, blog je x active)

Kisahnya bermula pada 13 February 2012 bersamaan hari Isnin. Aku melaporkan diri di company media yang berkepentingan di Malaysia iaitu BERNAMA.. Syukur Alhamdulillah aku diterima mempelajari ilmu 'kewartawanan' yang cukup meluas di sana. Walaupun hanya 3 bulan tetapi ilmu yang akan dapat cukup membawa seribu erti.

Sebulan aku berada di meja am seterusnya aku berada di meja jenayah selama sebulan setengah dan hanya seminggu aku berada di meja sukan. Kenapa aku berada hanya seminggu di meja sukan?? tu aku xtau korg tanya laa bos aku. Tapi aku memang berdoa aku xnak ditempatkan di meja sukan sebab aku memang 0 dalam sport dan atlit pun aku x kenal tapi sepanjang seminggu ade laa sedikit ilmu aku dapat pelajari dari senior & bos sukan :) Terima kasih warga wartawan BERNAMA.


Apa yang korg fikirkan pasal profession WARTAWAN???
  1. GLAMOUR
  2. CUN, KACAK, STYLO & HOT
  3. MASUK TV
  4. SELEBRITI
  5. BANYAK PEMINAT

Bagi aku jawapan atas ni semua x masuk akal. Dulu aku pun fikir macam tu jugak (see buruk gila perangai aku kan) tapi lepas 3 bulan aku dah dapat tahu sememangnya jawapan untuk wartawan adalah :
  1. KERJA LEBIH MASA
  2. XDE LIFE
  3. MAKLUMAT KENA TEPAT 100% (bukan macam buat blog bole gebang suka hati kau je)
  4. STRESS
  5. SKILL MENULIS, MEN'INTERVIEW', BERTANYA SOALAN & BERPENGETAHUAN LUAS
Ni sebahagian je yang aku bagi kalau nak tahu lebih korg try laa sebulan mesti korg stress kalau korg buat benda yg korg x minat. GLAMOUR!! aku dah agak, ni laa ayat untuk profession mcm kami ni, gila kau xnak glamour kan? haruslah kau nak, dah penat2 kau sampai tahap ni kau xnak glamour memang kau rugi.. Hahhahaaa.. maksud kat sini bukan glamour yg macam artis tu patut kau banggakan tp glamour sebab para wartawan dari media lain kenal kau dari segi kau buat berita dan sebab lain adalah nanti kau senang nak dapatkan 'story' (berita) muahahaaa kejam seh aku tp ini lah kenyataan.


Ketahuilah korg bahawa aku bukan wartawan hiburan yg gossip itu tetapi aku adalah wartawan yang mengendalikan hal2 isu semasa di dalam negara mahupun di luar negara (waahhh gitu kan) so x glamour pun uollzzz, xde peminat pun & masuk tv pun x.. Yang ada hanya secoret berita untuk kalian baca setiap masa di dada akhbar dan juga di paparan skrin ini.

Macam panjang aku nak berceita kat korg kan.. Aku kalau bercerita memang sampai esok pun xkan habis.. Kalau kau duduk  borak dengan aku lagi laa banyak mulut aku nak bercerita.. Ok laa korg, selamat berhujung minggu :)

ni gambar masa aku buat liputan masa banjir teruk dekat Bukit Belacan, Ampang bulan 3 lepas.

lihatlah bertapa buruknya media card aku
ye, nama aku kartini shafarina tapi org panggil aku ninie :)
AKU ADA, KAU ADA????


nak baca berita online tentang malaysia @ luar negara ni linknye BERNAMA

♥ Terima Kasih Membaca. Esok datang lagi ye ♥